+ PEMIKIRAN
KRITIS DAN PENYELESAIAN MASALAH
Dalam usaha
membincangkan konsep permasalahan Alur Ilmu ini, kami menghadapi sedikit
kesulitan dalam pencarian maklumat. Hal ini demikian kerana maklumat yang
diperoleh hanya di dalam skop kecil yang tertumpu kepada golongan tertentu
iaitu ahli kumpulan dan rakan sekelas kursus ini.
Oleh itu kami
mencari alternatif yang lebih efektif iaitu dengan mengedarkan borang soal
selidik berkaitan Alur Ilmu kepada golongan luar daripada kelas.
Responden-responden
kami merupakan golongan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, oleh itu
jawapan dan pandangan yang kami terima berbeza antara satu sama lain. Hal ini
akan membantu kami untuk melihat permasalahan projek kami ini dalam konteks
yang lebih luas dengan berpandukan
pandangan yang kami terima daripada responden
Dalam erti kata
lain sebenarnya pendapat dan buah fikiran daripada orang lain sangat membantu
dalam proses pembelajaran dan pertambahan ilmu pengetahuan. Jadi, kami berazam
agar kami dapat mempraktikkan amalan ini dalam proses pembelajaran dengan
menanyakan perkara-perkara yang tidak saya fahami kepada pensyarah mahupun
rakan-rakan.
+ KEPIMPINAN DAN
KERJA BERPASUKAN
Kebertanggungjawaban,
kecekapan dan keikhlasan yang ahli kimpulan berikan dapat membantu untuk
menjayakan projek ini dengan cemerlang dan perkara ini mengagumkan ahli yang
lain.
Kami berkata
demikian kerana semasa proses menjalankan kajian ini, kumpulan kami mengagihkan
tugasan yang perlu disiapkan kepada setiap ahli kumpulan dan akan
membincangkannya bersama-sama setelah menyiapkannya. Kepekaan dan kecekapan
menyiapkan tugasan yang diamanahkan membolehkan kami menghantar tugasan yang
diberikan oleh pensyarah pada waktu yang
ditetapkan.
Kami berasa
sangat bertuah dan beruntung kerana mendapat ahli kumpulan yang mempunyai nilai
dan sikap sebegini.
Jadi saya juga
ingin mencontohi sikap rakan-rakan saya ini agar semua perkara yang perlu
dilaksanakan dapat diselesaikan pada ketetapan waktunya.
+ KOMUNIKASI
Berdasarkan
kefahaman kami, kemahiran komunikasi yang amat penting dalam melaksanakan
sesuatu projek. Hal ini disebabkan oleh kekangan masa, kami menghadapi
sedikit kesulitan untuk berjumpa dan
berbincang dengan lebih lanjut tentang maklumat
dan permasalahan yang berlaku yang berkaitan dengan projek ini. Jadi, kami
telah bersetuju untuk menggunakan laman social iaitu ‘facebook’ sebagai medium
perantaraan bagi membolehkan setiap ahli terlibat dalam proses perbincangan yang
dijalankan.
Pada pandangan kami, kami bersetuju untuk menggunakan media ini kerana
medium ini sangat fleksibel kerana ianya tidak menggunakan banyak masa
disebabkan seseorang itu tidak perlu bergerak untuk ke tempat pertemuan kerana
boleh berinteraksi dengan menggunakan gadget sahaja. Oleh itu, kami berazam
untuk memperbaiki kemahiran kami dalam penggunaan aplikasi yang canggih dan
serba moden ini agar kerja-kerja yang akan dijalankan pada masa hadapan dapat
disiapkan dengan mudah dan pantas.
+ PENGURUSAN
MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
Saya tertarik dengan
salah seorang ahli kumpulan saya yang sentiasa mencatat segala arahan yang diberikan oleh pensyarah
dan segala kerja yang perlu disiapkan di dalam buku nota kecilnya. Dia berkata,
apabila berbuat demikian, dia akan lebih peka
terhadap tugasan yang diberikan dan tidak akan terlupa mana-mana tugasan
kerana dia akan merujuk kembali buku nota itu. Apabila ahli kempulan yang lain
melihatkan cara kerjanya yang sistematik dan teratur, saya bersama ahli kumpulan
yang lain mula mencontohinya dengan mencatat tugasan-tugasan yang perlu dibuat
berserta tarik akhir laporan akhir perlu dihantar supaya kami juga tidak
tercicir mana-mana kerja yang perlu disiapkan. Kami berbangga kerana dia mejadi
pendorong kepada kami untuk menjadi lebih baik daripada yang sedia ada.
0 comments:
Post a Comment