Saturday, 15 March 2014

Refleksi Diri 1

Refleksi Diri 1



+ Pemikiran Kritis

          Pencarian maklumat mengenai masalah pencemaran Alur Ilmu ini bukanlah suatu perkara yang mudah seperti yang dijangka. Kami berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan maklumat mengenai Alur Ilmu disebabkan kurang arifnya kami berkenaan dengan sungai ini. Oleh itu, kami mengambil keputusan untuk menebual seseorang yang pakar di dalam bidang ini iaitu Encik Nik Faizul mengenai faktor mengapa tercetusnya masalah ini. Beliau menjalankan kajian permasalahan sungai Alur Ilmu ini. Antara puncanya adalah disebabkan oleh sikap tidak bertanggungjawab individu yang sewenang-wenangnya membuang sampah ke dalam sungai ini dan menyebabkan ianya tercemar.  Mendengarkan ulasan beliau, kami berazam untuk memastikan bahawa diri kami tidak akan tergolong dalam golongan yang tidak bertanggungjawab ini dan kami akan berusaha member kesedaran kepada rakan-rakan kami tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keindahan alam seperti sungai ini.
 


 Kepimpinan dan Kerja Berpasukan

          Kami mengambil keputusan untuk bertemu di luar waktu kelas bagi menyiap dan membincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan projek yang kami jalankan ini. Oleh kerana setiap ahli kumpulan tinggal di kolej yang berbeza dan jadual kelas yang tidak sama, perjumpaan antara ahli sukar ditetapkan tarikh dan waktunya. Sebagai penyelesaiannya, kami berjumpa pada hujung minggu di mana setiap ahli kumpulan berkelapangan. Melihat kesungguhan dan kerjasama dari setiap individu mengorbankan waktu cuti masing-masing bagi menyempurnakan projek Alur Ilmu ini, kami berasa sangat gembira kerana kami mendapat ahli kumpulan yang tidak mementingkan diri sendiri dan berharap projek yang kami jalankan ini dapat disiapkan dan berjalan dengan lancar.


+ Kemahiran Komunikasi

          Semasa awal perbincangan bersama ahli kumpulan untuk memilih tajuk untuk projek Pembangunan Diri II ini tiada permasalahan yang berlaku. Hal ini kerana semuanya bersetuju untuk mengambil Alur Ilmu sebagai tajuk utama kajian kali ini. Hai ini menarik perhatian kami untuk menulis refleksi mengenainya kerana kami berasa semuanya sedar akan kepentingan menjaga kebersihan sungai agar bekalan air bersih di negara kita. Kami berpendapat sekiranya persefahaman dan interaksi yang baik ini dapat diteruskan, projek yang dijalankan ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan sekaligus punca-punca pencemaran sungai Alur Ilmu dapat dibongkarkan. Kami juga berharap dapt mempraktikkan nilai-nilai saling memahami dan interaksi secara baik dalam kehidupan seharian agar kami dapt menjalankan hubungan yang lebih baik mesra bersama rakan-rakan yang lain.


Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Pengurusan Maklumat

          Menurut Lau (zerob), seseorang itu perlu tahu bagaimana memperolehi manfaat daripada maklumat yag telah dikumpulkan dan menjadi seseorang yang celik maklumat. Ianya sangat menarik kerana kami dapat mempelajari cara untuk mengekstrak isi penting dari maklumat yang telah dikumpulkan.  Lau juga menetapkan 3 komponen asas sebagai piawaian literasi maklumat iaitu akses, penilaian, dan pengguna maklumat. Secara ringkasnya, ianya bermaksud pengguna berkebolehan mengakses maklumat dengan cekap, pengguna menggunakan maklumat tersebut secara kritis seterusnya berupaya mengaplikasikan maklumat dengan tepat. Kami  harap dapat mempraktikkan cara-cara ini kami dapat menggunakan semaksimum mungkin maklumat yang diperolehi.







Wednesday, 5 March 2014

PROJEK PEMBANGUNAN DIRI II SET KURSUS 39

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Nama kumpulan       : RIVERA

Ketua kumpulan      : NOOR SUZILA BT YATIM

Penyelenggara blog : NADIATUL AIN NABILA BINTI AHMAD TAUFIK

Ahli kumpulan         : ROSYAHIEDA BT SAHARUDDIN
                               : MARYATI BT MARZUKHI
                               : NURUL ADILA AZNI BT ABDUL AZIZ
                               : AZLIZA BT SHAHIDAN

Tajuk projek           : Alur Ilmu Tanggungjawab Kita

Projek kami ini berkonsepkan Alam Sekitar, dan kami cuba untuk merungkai  tentang permasalahan yang berlaku pada sungai Alur Ilmu, UKM.
 

Green Our Life Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting