Refleksi Diri 1
+ Pemikiran
Kritis
+ Kepimpinan dan Kerja Berpasukan
Kami
mengambil keputusan untuk bertemu di luar waktu kelas bagi menyiap dan membincangkan
beberapa perkara yang berkaitan dengan projek yang kami jalankan ini. Oleh kerana
setiap ahli kumpulan tinggal di kolej yang berbeza dan jadual kelas yang tidak
sama, perjumpaan antara ahli sukar ditetapkan tarikh dan waktunya. Sebagai penyelesaiannya,
kami berjumpa pada hujung minggu di mana setiap ahli kumpulan berkelapangan. Melihat
kesungguhan dan kerjasama dari setiap individu mengorbankan waktu cuti
masing-masing bagi menyempurnakan projek Alur Ilmu ini, kami berasa sangat gembira kerana
kami mendapat ahli kumpulan yang tidak mementingkan diri sendiri dan berharap
projek yang kami jalankan ini dapat disiapkan dan berjalan dengan lancar.
+ Kemahiran
Komunikasi
Semasa awal perbincangan bersama ahli
kumpulan untuk memilih tajuk untuk projek Pembangunan Diri II ini tiada
permasalahan yang berlaku. Hal ini kerana semuanya bersetuju untuk mengambil
Alur Ilmu sebagai tajuk utama kajian kali ini. Hai ini menarik perhatian kami
untuk menulis refleksi mengenainya kerana kami berasa semuanya sedar akan
kepentingan menjaga kebersihan sungai agar bekalan air bersih di negara kita. Kami
berpendapat sekiranya persefahaman dan interaksi yang baik ini dapat
diteruskan, projek yang dijalankan ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya
dan sekaligus punca-punca pencemaran sungai Alur Ilmu dapat dibongkarkan. Kami juga
berharap dapt mempraktikkan nilai-nilai saling memahami dan interaksi secara
baik dalam kehidupan seharian agar kami dapt menjalankan hubungan yang lebih
baik mesra bersama rakan-rakan yang lain.
+ Pembelajaran
Sepanjang Hayat dan Pengurusan Maklumat
Menurut Lau (zerob), seseorang itu
perlu tahu bagaimana memperolehi manfaat daripada maklumat yag telah
dikumpulkan dan menjadi seseorang yang celik maklumat. Ianya sangat menarik
kerana kami dapat mempelajari cara untuk mengekstrak isi penting dari maklumat
yang telah dikumpulkan. Lau juga
menetapkan 3 komponen asas sebagai piawaian literasi maklumat iaitu akses,
penilaian, dan pengguna maklumat. Secara ringkasnya, ianya bermaksud pengguna
berkebolehan mengakses maklumat dengan cekap, pengguna menggunakan maklumat
tersebut secara kritis seterusnya berupaya mengaplikasikan maklumat dengan
tepat. Kami harap dapat mempraktikkan
cara-cara ini kami dapat menggunakan semaksimum mungkin maklumat yang
diperolehi.
0 comments:
Post a Comment