Wednesday, 23 April 2014

REFLEKSI DIRI II




+ PEMIKIRAN KRITIS DAN PENYELESAIAN MASALAH

         Dalam usaha membincangkan konsep permasalahan Alur Ilmu ini, kami menghadapi sedikit kesulitan dalam pencarian maklumat. Hal ini demikian kerana maklumat yang diperoleh hanya di dalam skop kecil yang tertumpu kepada golongan tertentu iaitu ahli kumpulan dan rakan sekelas kursus ini.
Oleh itu kami mencari alternatif yang lebih efektif iaitu dengan mengedarkan borang soal selidik berkaitan Alur Ilmu kepada golongan luar daripada kelas.
          Responden-responden kami merupakan golongan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, oleh itu jawapan dan pandangan yang kami terima berbeza antara satu sama lain. Hal ini akan membantu kami untuk melihat permasalahan projek kami ini dalam konteks yang lebih luas dengan  berpandukan pandangan yang kami terima daripada responden
          Dalam erti kata lain sebenarnya pendapat dan buah fikiran daripada orang lain sangat membantu dalam proses pembelajaran dan pertambahan ilmu pengetahuan. Jadi, kami berazam agar kami dapat mempraktikkan amalan ini dalam proses pembelajaran dengan menanyakan perkara-perkara yang tidak saya fahami kepada pensyarah mahupun rakan-rakan.

+ KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN       

          Kebertanggungjawaban, kecekapan dan keikhlasan yang ahli kimpulan berikan dapat membantu untuk menjayakan projek ini dengan cemerlang dan perkara ini mengagumkan ahli yang lain.
Kami berkata demikian kerana semasa proses menjalankan kajian ini, kumpulan kami mengagihkan tugasan yang perlu disiapkan kepada setiap ahli kumpulan dan akan membincangkannya bersama-sama setelah menyiapkannya. Kepekaan dan kecekapan menyiapkan tugasan yang diamanahkan membolehkan kami menghantar tugasan yang diberikan oleh  pensyarah pada waktu yang ditetapkan.
          Kami berasa sangat bertuah dan beruntung kerana mendapat ahli kumpulan yang mempunyai nilai dan sikap sebegini.
          Jadi saya juga ingin mencontohi sikap rakan-rakan saya ini agar semua perkara yang perlu dilaksanakan dapat diselesaikan pada ketetapan waktunya.

+ KOMUNIKASI

         Berdasarkan kefahaman kami, kemahiran komunikasi yang amat penting dalam melaksanakan sesuatu projek. Hal ini disebabkan oleh kekangan masa, kami menghadapi sedikit  kesulitan untuk berjumpa dan berbincang dengan lebih lanjut tentang maklumat  dan permasalahan yang berlaku yang berkaitan dengan projek ini. Jadi, kami telah bersetuju untuk menggunakan laman social iaitu ‘facebook’ sebagai medium perantaraan bagi membolehkan setiap ahli terlibat dalam proses perbincangan yang dijalankan.
         Pada pandangan kami, kami bersetuju untuk menggunakan media ini kerana medium ini sangat fleksibel kerana ianya tidak menggunakan banyak masa disebabkan seseorang itu tidak perlu bergerak untuk ke tempat pertemuan kerana boleh berinteraksi dengan menggunakan gadget sahaja. Oleh itu, kami berazam untuk memperbaiki kemahiran kami dalam penggunaan aplikasi yang canggih dan serba moden ini agar kerja-kerja yang akan dijalankan pada masa hadapan dapat disiapkan dengan mudah dan pantas.

+ PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT


          Saya tertarik dengan salah seorang ahli kumpulan saya yang sentiasa mencatat  segala arahan yang diberikan oleh pensyarah dan segala kerja yang perlu disiapkan di dalam buku nota kecilnya. Dia berkata, apabila berbuat demikian, dia akan lebih peka  terhadap tugasan yang diberikan dan tidak akan terlupa mana-mana tugasan kerana dia akan merujuk kembali buku nota itu. Apabila ahli kempulan yang lain melihatkan cara kerjanya yang sistematik dan teratur, saya bersama ahli kumpulan yang lain mula mencontohinya dengan mencatat tugasan-tugasan yang perlu dibuat berserta tarik akhir laporan akhir perlu dihantar supaya kami juga tidak tercicir mana-mana kerja yang perlu disiapkan. Kami berbangga kerana dia mejadi pendorong kepada kami untuk menjadi lebih baik daripada yang sedia ada.  
 

Green Our Life Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting